Tuesday, 10 July 2012

Program Motivasi 1.0

Program yang hanya dikhaskan kepada pelajar tingkatan tiga ini telah diadakan pada 10 Julai 2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sekolah telah menjemput khas penceramah motivasi, Cikgu Nordin dari SMA Sultan Ismail, Dungun untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar terbabit.

Cikgu Nordin bersama Ustaz Tengku Zulkeplee

Pengacara majlis membuka majlis dengan kata-kata aluan

Cikgu Nordin dengan penuh semangat memberikan motivasi kepada pelajar.

Pelajar perempuan mendengar dengan tekun.

Pelajar lelaki pun tekun juga.

Selepas 15 minit mendengar ceramah.

Selepas 25 minit mendengar ceramah. Letih senamrobik tadi kot.

Kontrol ayu...



Ustaz Tengku Zulkeplee menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Nordin.

Monday, 9 July 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Program senamrobik secara serentak di semua sekolah telah diadakan pada 10 Julai 2012 bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 8.30 pagi. Semua pelajar SMA Al Falah seramai 1021 orang dan guru seramai 76 orang telah terlibat. Untuk guru dan pelajar lelaki, aktiviti dijalankan diperkarangan sekolah sementara guru dan pelajar perempuan di dalam dewan.

 Sedang membincangkan strategi senamrobik

Posing dulu sebelum berpeluh...

Pelajar lelaki diperkarangan sekolah

Jurulatih di atas pentas 

Beramai-ramai dalam aktiviti senamrobik



Guane awok-awok nok lagi ker??

Tak boh dohh...

ok kita warmdown...

Huh tobak letih...

Pelajar perempuan didalam dewan.

Jurulatih pelajar perempuan.

Seramai hampir 400 pelajar dan guru perempuan terlibat dalam senamrobik.

Ok tepuk untuk diri sendiri...

Alamak Cikgu Hadi ambil gambar akulah.... 

 Program senamrobik 2012 SMA Al-Falah, Kemaman berakhir.